Wednesday, August 11, 2010

KeRagUAn HaDItH FaDHiLaT TeRAwIH

Ini merupakan entri aku semalam...atas teguran seorang sahabat mengenai kesahihan hadith neh, maka aku pon check laaa ikot internet...

Neh hadith tentang fadhilat terawih yang aku post semalam..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali r.a. daripada Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan solat sunat terawih pada bulan ramadhan

Malam 1




keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2




diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman)
Malam 3




berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4




memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5




Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang senbahyang di Masjid Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6




Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 000 Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan terawih pada malam itu.
Malam 7




Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8




Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9




Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam 10




Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11




Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12




Datang ia pada hari qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13




Datang ia pada hari qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14




Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari qiamat.
Malam 15




Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, bersolawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16




Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17




Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
Malam 18




Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) .
Malam 19




Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20




Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21




Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
Malam 22




Datang ia pada hari qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar).
Malam 23




Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.
Malam 24




Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25




Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26




Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27




Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28




Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29




Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30




Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman,

"Hai hambaKu, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin hendak makan di dalam syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama " Al-Kauthar".

--------------------------------------------------------------

So, aku nak jelaskan disini bahawa hadith ni sangat2 diragui akan tarafnya sama ada hadithnya sahih, hasan, da'if atau maudhu. Byk pendapat mengatakan ianya maudhu', malah tidak dijumpai dalam kitab2 hadith maudhu' sprt yang dikongsikan dalam website nih:

http://www.bharian. com.my/Misc/ RamadanAlMubarak
/Puasa/Hari/ Fadilat/20041012 142743/Article/

Juga dalam rujukan website Al-Ahkam.net, ulasannya dari ustaz2 yang menjadi panel dalam forum tersebut antaranya:

alQardhawi (Kaifa nata'amul ma'a al Sunnah al Nabawiyyah) menjelaskan ada 3 neraca yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia selamat dari penyelewengan dan takwilan secara jahil:
Pertama: mempastikan kethabitan/kesahiha n sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para muhaddithin (ulamak hadith)

Kedua: memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith

Ketiga: memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya yaitu dari alQur'an dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

Imam Syafi'iy yang mulia telah berpesan," Iza Sahhal Hadith Fahuwa Madzhaabi" (apabila sahihlah sesebuah hadith, maka itulah madzhabku."

Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam-malam Tarawikh Imam Ali) gagal melepasi neraca pertama: tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia
tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam):
Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa'iy dan Sunan Ibn Majah. Manakala ia tidak menepati neraca # 2, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah akalnya dan masih kebudak-budakan yang amat terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.

Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi'ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh Imam-imam Syi'ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.

Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba'iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).

Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah neraca-neraca ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku, maka dia telah menempah tempat diNeraka."

Boleh rujuk di url ini:
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=
MDForum&file=viewtopic&t=19612&highlight=kelebihan +tarawih&sid
=f6030e5e6e37148 15372379e6c560b2 2

Lagi 1, kita kene kenal pasti ape antara ciri2 hadith yang tak sahih nih. Antaranya yang aku ingat, ganjaran yang diberikan adalah di tahap yg melampau2. Cthnya cuba baca fadhilat malam ke-9 "Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w". Tak ke melampau2 tuh? Kita boleh dapat pahala seperti Nabi Muhammad? Manusia mana yg sama perfect ngan dia? Baginda buat ibadah bertahun2..kita solat tarawih 1 malam je..dah sama pahala ngan Nabi ke? Mustahil.

Oleh itu..marilah kita sama2 perbetulkan kembali kefahaman kita. Jangan sampai kita tersalah ambil sumber atau mengambil sesuatu hadith secara membuta tuli. Ini akan menyebabkan kita boleh menyesatkan orang lain. Aku perasan ade website2 yang bleh pulak publish hadith nih. So jgn kita main amik je sblm kita yakin akan kesahihannya.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment