"Mai, duduk elok-elok atas buaian tu...Nanti jatuh"
Jerit Daud (40 tahun) yang jelas kelihatan risau dan sekali sekala tersenyum melihat gelagat anak tunggalnya, Ayuni Maisarah (3 tahun) yang terkial-kial cuba menaiki buaian di sebuah taman permainan berdekatan rumah mereka. Bukan main seronok lagi Maisarah bermain pada hari itu. Bimbang benar Daud jika berlaku perkara tidak baik pada Maisarah. Dari awal tadi, mata Daud tak pernah jemu melihat kelibat Maisarah yang seronok berlari-lari, dan menjerit kegembiraan bermain di taman permainan tersebut. Sambil mengawasi anaknya dari jauh, Daud menarik nafas panjang. Seolah-olah terdapat beban yang sedang terpikul di bahunya saat itu.
Hari itu,6/8/2007,genaplah setahun perkahwinan Daud bersama isterinya, Mas. Daud, seorang eksekutif pemasaran yang berjaya secara kebetulannya bertemu dengan Mas dalam sebuah function yang dianjurkan di sebuah hotel. Bermula dari kawan biasa, akhirnya mereka jatuh cinta. Kemudian, mereka bersetuju untuk berkahwin setelah bercinta selama 3 tahun. Memang ramai perempuan yang cemburu dengan Mas. Siapa yang tak kenal dengan Daud bin Dato' Yunus, sudah laaa tampan, bekerjaya, anak seorang ahli perniagaan yang terkenal pulak tu. Secara mudahnya, boleh dikatakan segala ciri-ciri yang diidami setiap perempuan, pasti ada pada Daud. Betapa sempurnanya Daud..
Jauh berlainan dengan Mas, yang berasal dari sebuah kampung di Kedah. Ayahnya adalah seorang petani, kerja pun hanyalah sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Lumpur. Kalau diikutkan, memang jauh perbezaan taraf mereka, tapi mungkin sudah rezeki Mas, Daud memilihnya sebagai teman hidup.
Pada mulanya, segalanya berjalan dengan lancar. Rumahtangga yang dibina sungguh bahagia. Mas memang menjaga Daud sepenuh hatinya. Mas faham, kerja Daud sebagai eksekutif itu benar-benar memerlukan Daud untuk balik lewat malam sehingga kadang-kadang mencecah 3 4 pagi. Tetapi, Mas tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya pada Daud. Segala keperluan Daud, pasti akan diutamakan. Walaupon selalu juga Daud terpaksa ke luar negara atas urusan perniagaan, namun Mas sentiasa memastikan segala kerja rumah dilakukan dengan baik. Daud memang cerewet orangnya, rumah mesti dalam keadaan bersih, teratur, dan kemas selalu walaupun dia tiada di rumah.
Namun, setelah genap setahun mereka berkahwin, kini perangai Daud sudah mula berubah. Entah mengapa, semakin jarang Daud pulang ke rumah. Dalam seminggu, mungkin 2 3 kali sahaja Daud pulang ke rumah. Mas yang dahulunya tidak menaruh syak apa-apa, semakin pelik dengan perubahan sikap Daud itu. Sembahyang pon, sudah lama ditinggalkan. Setiap kali pulang ke rumah, pasti bajunya berbau minuman keras. Pernah juga Mas cuba bertanya pada Daud untuk mendapatkan penjelasan, tetapi hampa. Daud hanya membalas dengan kata-kata kesat dan memarahi Mas kerana cuba mencampuri urusannya. Mas tidak mampu untuk berkata apa-apa, selain memendam perasaan seorang diri, sehingga pernah pada satu malam, Mas menangis keseorangan di dapur akibat ditampar Daud kerana curi-curi membaca message seorang wanita dalam handphone Daud.
Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi untuk bulan Ramadhan. Mas semakin resah kerana perangai Daud masih tidak berubah. Mas risau kerana Daud semakin hari semakin jauh dari landasan agama. Jangankan hendak terawih, berpuasa pon belum tentu. Mas risau kerana Mas sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab Mas untuk menasihati Daud, namun Mas tahu Daud sangat degil orangnya. Manalah Daud nak mendengar cakap Mas, egonya lebih diutamakan. Setiap kali selepas sembahyang, Mas tidak akan lupa berdoa kepada Tuhan memohon agar dibukakan pintu hati Daud untuk menerima cahaya kebenaran. Acap kali Mas menangis mengenangkan perubahan sikap Daud itu. Setiap makian dan cemuhan Daud diterima dengan pahit.
Pada satu malam, Mas berasa lemah dan tidak sihat. Dari petang lagi Mas sudah mula muntah-muntah, dan mengalami pening-pening. Mas hanya terlantar di katil sahaja sepanjang hari. Malam itu, kesakitan itu menjadi lebih teruk. Mas cuba meminta bantuan Daud untuk membawanya ke hospital. Tetapi sengaja Daud malas untuk melayan rintihan Mas. Bagi Daud, game Arsenal menentang MU pada malam tersebut adalah lebih penting untuknya.
"Bang,tolong bang. Bawa saya ke hospital...Lain macam je saya rasa badan saya ni bang" Mas merayu cuba mendapatkan simpati Daud. Pucat dan biru bibirnya.
"Aaahhhh...sudah laa ko. Aku nak tengok TV pon tak senang...Menyusahkan aku je ko tau. Aku balik rumah nak berehat. Bukan nak layan ko. Baik aku pergi tengok kat kedai mamak je camni. Lagi tenang, tak de sape nak ganggu! " marah Daud.
Anak mata Mas dengan sayu mengekori kelibat Daud yang pantas menyambar kunci kereta, dan menutup pintu kuat-kuat melepaskan amarahnya. Daud sedikit pon tidak menjeling kepada Mas yang sedari tadi sudah pon terduduk lemah bersandar pada dinding rumahnya.
Selepas itu, Mas memang tidak sedar apa-apa. Yang Mas tahu, apabila dia mencelikkan mata, dia sudah berada di hospital. Rupanya, dengan takdir Tuhan, kebetulan Kak Ti, jiran sebelah rumah, datang untuk menghantar lauk pada malam itu. Mujurlah Daud tidak menutup pintu sewaktu keluar tadi. Dengan pintu yang masih ternganga, terkejut beruk Kak Ti melihat Mas sudah terbaring tak bermaya di lantai rumah. Pantas Kak Ti dan suaminya membawa Mas ke hospital bimbang perkara yang tidak diingini berlaku kepada Mas.
Sepanjang Mas terlantar di wad selama seminggu tersebut, Daud langsung tidak datang melawat bertanya khabar. Sebaliknya, apabila diberitahu oleh Kak Ti, Daud hanya endah tak endah sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Setelah Mas dibenarkan pulang pun, bukan Daud yang datang menjemput. Sebaliknya Kak Ti dan suaminya yang banyak membantu.
Sebaik sahaja sampai, belum sempat Mas menjejakkan kaki ke dalam rumah, Daud terus memaki hamun memarahi Mas kerana kononnya hanya setakat demam sikit-sikit, dan berlakon sahaja untuk mendapatkan simpati orang. Kak Ti yang pada awalnya hanya berdiam diri, ingin sahaja melempang si Daud pada masa itu. "HOI Daud! Sudah lah batang hidung pon tak nampak kat hospital, tak sempat tengok keadaan bini, terus nak marah buta-tuli" Mengamuk juga Kak Ti pada masa itu. Mujur laaa ada suaminya yang menyabarkan, kalau tidak haru juga jadinya.
Daud yang masih bengang dengan peristiwa tersebut, terus memarahi Mas seolah-olah banyak benar dosa besar yang telah dilakukan oleh Mas. Dari depan pintu tingkat bawah, sehinggalah ke tingkat atas, mulut Daud tak habis-habis memaki hamun. Mas yang hanya tunduk berdiam diri, mula meninggi suara mencari ruang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Secara tiba-tiba, bergegar rasanya kepala Mas apabila penampar Daud hinggap di pipinya. Malang tidak berbau, Mas hilang kawalan, dan tergolek sepanjang tangga rumahnya, lalu kepala Mas terhantuk pada bucu tangga.
Daud yang pada masa itu, seolah-olah baru tersedar dari rasukan syaitan, mula panik. Darah sudah membuak2 keluar dari luka kepala Mas. Malah, baju Mas juga sudah basah dengan darah. Tanpa membuang masa, Daud terus membawa Mas ke hospital untuk menghentikan pendarahan tersebut.
Setelah 2 jam di dalam ICU...
" Mintak maaf Encik Daud. Kami sudah mencuba sedaya upaya. kami gagal menyelamatkan isteri encik, tetapi kandungannya berjaya kami selamatkan. "
Terpaku seketika Daud di situ. Seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata doktor tadi. Kandungan??? Rupa-rupanya Mas mengandung. Patut lah Mas sering muntah-muntah dan pening. Patut lah baju Mas basah dengan darah tadi, hampir keguguran rupanya. Pelbagai persoalan bermain di fikiran Daud. Sebenarnya, Mas bercadang untuk memberitahu Daud berita gembira itu bila pulang ke rumah. Namun, tidak sempat Mas membuka mulut, Daud banyak memaki hamunnya. Tersentak Daud di saat itu juga.
Serentak dengan itu, berjujuran air mata mengalir di pipinya. Begitu banyak dosanya pada Mas. Terlalu jarang balik ke rumah, sehingga isterinya mengandung pun dia tak tahu. Masanya lebih banyak dihabiskan bersama kawan, berbanding menemani isteri yang sakit. Malah, sewaktu mengandung, Mas langsung tidak ada menyusahkan Daud. Segala keperluan Daud tetap dijaga, rumah juga sentiasa dipastikan bersih. Memang langsung tidak nampak bahawa Mas sedang mengandung. Segala kesakitan ditanggungnya seorang diri. Tambah menyedihkan, sewaktu sakit mengandung itulah Daud banyak memaki hamun Mas kerana sering terlantar di katil. "Oh Tuhan, begitu besar dosaku pada Mas. Sehingga saat hampir matinya pon aku masih melakukan dosa padanya "
Menangis Daud di saat itu juga. Habis hancur luluh hatinya, egonya hilang entah ke mana. Daud benar-benar menyesal atas segala kesilapan. Namun apakan daya, biarpun Daud mengalirkan airmata darah sekalipun, Mas telah pergi buat selama-lamanya.
Cuma satu sahaja penawar buat Daud pada ketika ini, iaitu bayi perempuannya yang sangat comel. Sengaja diberikan nama Ayuni Maisarah, supaya Daud tidak akan lupa pada Mas. Daud berjanji bahawa dia akan menjaga Mai sebaik mungkin, bagi menebus dosanya terhadap Mas.
"Papa papa...jom balik..kesian papa duduk sorang-sorang tengok Mai main"
Suara Mai pantas melenyapkan lamunan Daud. Daud tersenyum sahaja sambil mengusap rambut anaknya itu. Dadanya sebak menahan rindu pada Mas. Dikucupnya dahi Mai perlahan-lahan. Mai yang masih tidak dapat memahami apa yang berlaku, membiarkan sahaja.
"Papa..kenapa pipi papa basah???"
"Mas, maafkan abang"
-the end-

pdin.. suka tau buat orang sedih
ReplyDeletedats was great story....thanx for sharing =p
ReplyDelete